Isu kecergasan,kesihatan adalah tunjang utama dalam gaya hidup setiap individu tidak kira umur, bangsa mahupun status.Namun, akibat alpa, tahap kesihatan sesorang itu boleh jatuh sekiranya amalan dan rutin seharian tidak menuruti cara yang betul.
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. Ada pelbagai langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik
Apakah perkara yang boleh diamalkan seumur hidup bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri anda?
Disini saya akan berkonsi 6 peraturan kecergasan, kesihatan dan aesthetics yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda
6 Peraturan Kesihatan, Kecergasan & aesthetics
1 – Lakukan dalam jangka masa yang panjang. Jangan sesekali merancang matlamat dalam jangka pendek. Gaya hidup yang sihat seharusnya membuat anda merasa lebih baik dan bukan sesuatu yang boleh membuat anda merasa tertekan mengenai matlamat jangka pendek anda.
2 – Rancang, selaraskan dan konsisten dengan jadual latihan anda (2/3/4 atau 5 kali seminggu), dan jangan tunggu hari yang tepat untuk latihan.
3 – Jangan tentukan latihan anda hanya dalam satu kaedah -> pelbagaikan latihan dalam jadual latihan anda, misalnya; pada jadual mingguan latihan kecergasan anda, gabungkan latihan bebanan dengan Pilates, atau latihan bebanan dengan latihan cardio , atau bersantai dengan pergerakan dan pencegahan kecederaan.
4 – Jangan terlalu obses dengan mengira kalori atau berapa banyak kalori yang anda hilang semasa bersenam. Yang paling penting adalah makanan yang anda pilih itu sihat. Dan sesuaikan pola pemakanan anda dengan kehidupan anda.
5 – Rancang pemakanan anda. Rancangan pemakanan anda harus sentiasa meningkat dari segi kualiti.
6 – Penimbang atau % lemak badan bukanlah langkah terbaik untuk mengukur kemajuan anda. Cara terbaik untuk memahami kemajuan anda adalah penilaian anda sendiri. ianya juga boleh diukur melalui perubahan fizikal anda, perubahan ukuran atau saiz pakaian dan perubahan tahap kecergasan anda.
Tidak kira dimana pun tahap kesihatan dan kecergasan kita, kita masih mampu untuk mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan kita demi keselesaan tubuh badan. Makanlah secara bijak kerana orang bijak akan pandai memilih makanan dan masa makan. Bersenam dan makanlah mengikut keperluan badan bukan mengikut nafsu. kita juga boleh mengamalkan konsep pinggan sihat bagi membantu kita mencapai tahap kesihatan yang optimum dan apabila kita berjaya mengubah gaya hidup kita, pasti kita akan berjaya melakukan senaman dan aktiviti fizikal dengan baik.
Mencari seorang jurulatih peribadi? Hubungi Coach Redzuan.