tingkatkan kualiti hidup dengan cara yang berkesan

Didalam dunia yang serba mencabar ini, majoriti diantara kita ingin hidup dengan kualiti hidup yang baik. Untuk berbuat sedemikian, Kita memerlukan tubuh badan yang sihat, segar, dan sihat untuk dapat bergerak tanpa sebarang halangan. Sihat secara fizikal boleh menghalang kita daripada risiko-risiko penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung, kencing manis, gout, masalah tulang dan otot, dan mengelakkan kelebihan berat badan. Jika badan seseorang itu sihat dan kuat, kesihatan mental mereka juga akan sihat.

Terdapat 2 perkara yang perlu dijaga bagi meningkatkan atau mengekalkan kualiti hidup kita:

  1. Pemakanan (Diet)
  2. gaya hidup

Pemakanan Lengkap

PEMAKANAN (DIET)

Ramai diantara kita yang salah erti dengan perkataan dirt, dimana kebanyakkan mereka akan berfikir untuk berlapar sekiranya perlu untuk diet. Pemakanan (DIET) ialah jumlah makanan yang diambil seseorang. Pemakanan lengkap memerlukan pengambilan dan penyerapan tenaga makanan dalam bentuk karbohidrat, protein, dan lemak. Tabiat dan pilihan pemakanan memainkan peranan penting dalam kualiti kehidupan, kesihatan dan kecergasan

PEMILIHAN CARA PEMAKANAN.

Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai cara diet yang boleh diikuti. Tetapi, pernahkah anda bertanya kepada diri anda, adakah cara pemakanan ini sesuai dengan diri anda dan gaya hidup anda. Anda perlu ingat bahawa pemakanan harus mengikut gaya hidup, bukan sebaliknya.

Antara cara pemakanan yang mudah anda lakukan bagi meningkatkan kualiti hidup

  1. Suku-suku separuh
  2. ‘Palm rules’

Antara faktor yang mempengaruhi cara pemakanan kita adalah:

  1. Umur
  2. Berat
  3. Tinggi
  4. Kadar metabolism
  5. Aktiviti harian

GAYA HIDUP

Gaya hidup aktif memainkan peranan yang sangat penting didalam meningkatkan kualiti hidup kita. Kesejahteraan, kesihatan dan kecergasan adalah anugerah paling berharga dalam kehidupan seseorang. Namun, untuk mencapai dan memiliki tahap kesihatan dan kecergasan diri yang baik bukan mudah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan

kesihatan ialah satu tahap atau keadaan seseorang individu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar bebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan saja.

Konsep kesihatan dan kecergasan kini dilihat lebih dinamik serta sentiasa berubah mengikut gaya hidup dan keadaan semasa. Kesihatan dan kecergasan diri satu pilihan dan bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri, seseorang perlu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan konsep kecergasan menyeluruh merangkumi komponen / aspek:

  1. Fizikal
  2. Rohani
  3. Emosi
  4. Intelektual
  5. Sosial.

Konsep kecergasan secara menyeluruh mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan dan kecergasan diri apabila dilakukan secara konsisten.

Dalam kesibukan kita bekerja, kita perlu bijak memilih dan melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada kesihatan serta kecergasan diri. susn masa anda sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari sama ada pada waktu pagi atau petang untuk melakukan aktiviti fizikal tiga hingga empat kali seminggu seperti bersenam, berbasikal, berlari, berenang dan pelbagai aktiviti lain. Ini kerana kesan gaya hidup yang aktif bukan saja baik untuk kesihatan, malah baik untuk aspek psikologi dan sosial. Aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan tekanan darah, kebimbangan, kesedihan dan mengawal berat badan seseorang. Individu yang sentiasa bersenam dan melakukan aktiviti fizikal mampu meningkatkan sistem kardiovaskular, meningkatkan daya pemikiran serta mampu mengawal emosi diri.

Bagi memudahkan kita merancang dan melakukan aktiviti fizikal serta senaman, bolehlah merujuk komponen kecergasan fizikal dan piramid aktiviti fizikal dan senaman atau bagi meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan diri mengikut keperluan masing-masing. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan berbeza. Bagi memulakan aktiviti fizikal, kita perlu peka dengan tindak balas tubuh ketika melakukan senaman atau aktiviti fizikal.

Sebagai permulaan, mulakan aktiviti senaman atau riadah dengan intensiti rendah dan penambahan boleh dilakukan mengikut keperluan serta jenis aktiviti dilakukan. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara konsisten akan memberi kesan positif kepada sistem tubuh dengan mengurangkan risiko penyakit kronik, menguatkan jantung, meningkatkan stamina, melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mengurangkan lemak dan mampu mengekalkan berat badan ideal serta meningkatkan motivasi diri seseorang.

Merokok dan minuman beralkohol adalah tabiat buruk yang mengancam kesihatan badan kita untuk 1 jangka masa yang panjang. Merokok dan meminum minuman beralkohol telah lama dikaitkan dengan risiko penyakit seperti hipertensi, diabetes, penyakit jantung, kepada masalah kanser dan kesuburan. Sekiranya, kita rajin bersenam dan amalkan cara pemakanan yang sihat, risiko penyakit yang disebabkan oleh aktiviti merokok dan minum minuman beralkohol masih boleh menghantui diri. Oleh itu, adalah digalakkan hentikan kedua-dua tabiat sebelum menjadi ketagihan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anda.

Tidak kira dimana pun tahap kecergasan anda, anda masih boleh merancang program senaman yang berkesan. Ini akan membantu anda untuk meningkatkan kualiti hidup anda, melepasi sasaran anda, dan tetap konsisten dengan latihan anda.

Sebelum memulakan sebarang program latihan senaman, adalah lebih baik anda berjumpa dengan doktor anda untuk memastikan anda selamat memulakan program latihan anda. Ini amat penting untuk anda mengetahui keadaan kesihatan dan had anda. Tingkatkan intensiti senaman secara beransur-ansur setelah anda merasa selesa.

Mencari seorang jurulatih peribadi? Hubungi Coach Redzuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *