APAKAH ITU JURULATIH PERIBADI DAN PERANANNYA

Jurulatih peribadi merupakan salah satu profesion di dalam bidang kesihatan dan kecergasan dimana melibatkan preskripsi dan arahan dalam bentuk senaman.

peranan jurulatih peribadi

Tugas utama sebagai seorang jurulatih kecergasan bukan hanya sekadar mereka latihan yang bersesuaian dengan kehendak klien, tetepi mereka juga adalah orang-orang yang akan memberi motivasi sepanjang latihan berjalan agar klien terus tetap pada matlamat serta memberi maklum balas dan akauntabiliti kepada pelanggan.

Jurulatih peribadi akan sentiasa mengukur kekuatan dan kelemahan klien mereka dengan melakukan penilaian kecergasan terhadap mereka. Penilaian kecergasan ini boleh dilakukan sebelum atau selepas program senaman bagi mengukur peningkatan pelanggan mereka dalam kecergasan fizikal.

Peranan Jurulatih Peribadi

Jurulatihan peribadi berperanan dalam mendidik para klien mereka dalam pelbagai aspek kesihatan lain selain senaman, termasuk garis panduan kesihatan dan nutrisi umum.

Jurulatih peribadi yang berkelayakan diiktiraf mengikut bidang kepakaran mereka sendiri seperti functional training, crossfit, boxing, renang, HIIT, aquafit, physio dan sebagainya. Jadi sekiranya anda memerlukan jurulatih peribadi, pilihlah mengikut kesesuaian dan minat anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya seseorang jurulatih itu mengesyaki bahawa salah seorang kliennya mempunyai keadaan perubatan yang boleh menghalang klien dari menyertai program senaman dengan selamat, mereka pasti akan merujuk pelanggan kepada profesional kesihatan yang sesuai untuk pelepasan terlebih dahulu dan kemudian akan mereka pelan senaman dan pemakanan mengikut saranan daripada pakar.

Ikut langkah-langkah ini sebelum mengambil perkhidmatan jurulatih peribadi.

Mencari seorang jurulatih peribadi? Hubungi Coach Redzuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *