DIET TERBAIK UNTUK ANDA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP ANDA

Sebut sahaja berkenaan dengan diet, pasti ramai diantara kita sering mengaitkan diet dengan proses penurunan berat badan. Mana tidaknya, kita sering mendengar perkataan diet ini diguna pakai oleh pengeluar produk-produk suplemen dan makanan yang boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Namun hakikatnya, Diet membawa maksud jumlah / kuantiti makanan yan diambil sewaktu makan setiap hari.

Dalam dunia yang serba moden dan pantas kini, kita juga diperkenalkan dengan pelbagai jenis diet. masing-masing mempunyai testimoni dan ada yang kesan sampingan yang buruk. Namun sekiranya anda ingin meningkatkan kualiti hidup anda, anda digalakkan memulakan dengan diet suku- separuh atau konsep pinggan sihat Malaysia.

Konsep pinggan sihat

APAKAH ITU SUKU-SUKU SEPARUH / KONSEP PINGGAN SIHAT?

Konsep pemakanan suku suku separuh merupakan salah satu cara kita boleh mengubah amalan pemakanan dalam meningkatkan kualiti hidup kita. konsep suku suku separuh adalah satu konsep pemakanan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia pada tahun 2017. Konsep ini adalah bagi memudahkan orang ramai dalam menggambarkan pembahagian jenis makanan dalam pinggan ketika waktu makan. Sebelum ini kita telah diperkenalkan dengan piramid makanan sihat, namun dari sudut perlaksanaan panduan tersebut masih sukar diterjemahkan oleh kebanyakan orang.

APAKAH JENIS PEMBAHAGIAN DIDALAM KONSEP SUKU – SUKU SEPARUH?

Contoh konsep suku-suku separuh / pinggan sihat

Secara dasarnya, , pinggan akan dibahagikan kepada 3 bahagian.

  1. Suku pinggan adalah sumber karbohidrat.
  2. Suku pinggan adalah sumber protein dan lemak.
  3. Separuh pinggan adalah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ini bermakna, jika anda makan nasi, maka suku pinggan yang pertama itu adalah nasi. Suku kedua adalah lauk dan yang separuh lagi adalah sayur dan buah. Konsep ini adalah panduan yang fleksibel jika anda faham asasnya.

Di dalam konsep suku suku separuh, kepelbagaian dalam pemakanan juga perlu. Ini kerana bubuh badan dan otak kita memerlukan zat yang mencukupi supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Tiada satu pun makanan yang mampu memberi kesemua zat makanan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitaman dan sebagainya kepada badan kita. oleh itu mempelbagaikan pengambilan jenis makan juga memainkan peranan penting agar tubuh badan kita mendapat zat secukupnya dan berfungsi secara optimum.

Kepelbagaian didalam pegambilan makanan mampu meningkatkan kualiti hidup

KEBAIKAN MENGAMALKAN KONSEP SUKU-SUKU SEPARUH DALAM PEMAKANAN SEHARIAN

Konsep pemakanan ini sebenarnya memberikan kita pelbagai kebaikan dari beberapa aspek.

  1. Memudahkan hidangan seimbang – Dengan mengingati konsep ini, pembahagian nutrisi makro iaitu karbohidrat, protein dan lemak yang seimbang dalam setiap hidangan menjadi lebih mudah. Ia akan mengelakkan kita daripada makan mana-mana komponen makanan secara berlebihkan terutamanya karbohidrat.
  2. Makan lebih banyak sayur dan buah – Konsep pemakanan ini juga akan memudahkan kita untuk makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. berdasarkan laporan NHMS 2019, 94.9% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi.
  3. Menurunkan berat badan – Konsep pemakanan ini juga merupakan sesuatu yang disebut-sebut apabila ramai individu yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan konsep ini.

Secara teori, konsep suku-suku separuh ini selari dengan proses penurunan berat badan. Apabila kita mengamalkan dan mengawal kuantiti dalam kuantiti yang mencukupi. Badan kita akan menerima sumber kalori yang berkhasiat dan berkualiti.Pemakanan sihat adalah komitmen sepanjang hayat.

Konsep suku-suku separuh atau pinggan sihat ini memudahkan kita dalam membahagikan jumlah nutrisi utama supaya seimbang, tetapi ia menekankan juga beberapa perkara utama bagi menjamin pemakanan yang sihat

  1. Kawal jumlah pengambilan karbohidrat terutamanya karbohidrat ringkas.
  2. Ambil sayur dan buah yang mencukupi.
  3. Ambil protein dari sumber asli dan bukan makanan diproses.
  4. Elakkan makanan terutamanya minuman bergula.
Pemakanan yang sihat mampu mengubah hidup kearah yang lebih baik

Konsep pemakanan suku suku separuh ini membantu kita untuk mengelak dari pengambilan yang berlebihan, sumber pemakanan yang tidak sihat dan tinggi dengan gula. pengawalan kuantiti pemakanan didalam konsep suku-suku separuh ini mengurangkan kadar risiko dijangkiti penyakit-penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit jantung. Adalah disarankan agar berbincang dan mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor sebelum anda memulakan apa-apa pelan pemakanan. Agar pelan pemakanan anda adalah bersesuaian dengan diri anda dan tidak menjejaskan tahap kesihatan anda

Mencari seorang jurulatih peribadi? Hubungi Coach Redzuan.


.

.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *