KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL ( PHYSICAL fitness COMPONENTs)

Kecergasan merupakan satu istilah yang meluas dan kompleks. Ianya boleh merangkumi aspek kesihatan dan kecergasan yang berkaitan dengan kemahiran. Komponen kecerghasan fizikal sering dibahagikan kepada beberapa komponen dan berkait rapat dengan kesihatan yang baik serta mengurangkan risiko penyakit hipokinetik.

5 KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL ( PHYSICAL FITNESS COMPONENTS)

komponen kecergasan fizikal

KECERGASAN KADIOVASKULAR ( CARDIOVASCULAR FITNESS)

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. ianya juga merupakan kemampuan jantung dan paru-paru untuk bekerjasama untuk menyediakan oksigen dan bahan bakar yang diperlukan kepada tubuh semasa beban kerja yang berterusan. Contohnya ialah berjoging, berbasikal dan berenang. Cooper Run antara cara atau method untuk menguji daya tahan kardiovaskular.

KEKUATAN OTOT ( MUSCLE STRENGTH)

Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi  menghasilkan daya (kerja). Contohnya ialah senaman bench press, leg press atau biceps curl . senaman push up merupakan senaman paling kerap digunakan untuk menguji kekuatan otot.

DAYA TAHAN OTOT ( MUSCLE ENDURANCE)

Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.b. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor.Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor adalah:

  • Kelajuan (Speed) – keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.
  • Ketangkasan (Agility) – keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat. 
  • Kuasa (Power) – keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif.Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
  • Imbangan (Balance) – keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).
  • Masa reaksi (Reaction Time) – masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
  • Koordinasi (Coordination) – kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

FLEKSIBILITI (FLEXIBILITY)

Fleksibiliti adalah kemampuan setiap sendi untuk bergerak melalui jarak gerakan yang tersedia untuk sendi tertentu. Contohnya ialah meregangkan otot individu atau keupayaan untuk melakukan pergerakan fungsional tertentu seperti terjun. Ujian sit dan reach paling digunakan untuk menguji kadar fleksibiliti seseorang.

KOMPOSISI BADAN (BODY COMPOSITION)

Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. Ini dapat diukur dengan menggunakan penimbangan di bawah air, dan pembacaan Skinfold.

Penting untuk mengekalkan peratusan lemak badan yang sihat kerana:

  • Lemak badan yang berlebihan dapat menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung dan diabetes
  • Stress pada sendi, otot, dan tulang, meningkatkan risiko kecederaan

kadar lemak badan ( body fat rating)

Tahap kesihatan kita ditentukan dengan tahap kecergasan kita. Adalah penting bagi kita untuk terus cergas didalam menjalani kehidupan seharian, ini adalah kerana ianya mampu megubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik tidak kira dari aspek kehidupan mahupun kesihatan. komponen- komponen ini boleh dijadikan rujukan bagi anda yang ingin mula tingkatkan tahap kesihatan anda.

1 thought on “KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL ( PHYSICAL fitness COMPONENTs)”

  1. Coach Redzuan adalah PT saya sejak Oct 2020 dan saya sambung sesi sampai Apr 2021. Coach Redzuan banyak ajar saya memahami badan saya seperti flexibility, keperluan badan dan muscle strength. Saya berjaya bina muscle saya sehingga 23% dan juga kurangkan berat badan sebanyak 5kg. Walaupun angkanya sikit, namun itulah kejayaan terbesar sejak PKP 1. Kalau tak, saya pun tak tahu badan saya ni boleh angkat berat juga. Terima kasih Coach Redzuan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *